Bagi yang belum bernikah, mungkin itulah persoalan yang sering bermain di fikiran dah hati masing-masing terutamanya apabila usia semakin tua. Jodoh itu pasti, dik. Jodoh itu telah tertulis untuk sekalian umat manusia semenjak dari Luh Mahfuz lagi. Semasa kita masih dalam rahim ibu kita lagi Allah dah tuliskan siapakah jodoh kita. Yang lelaki, jodohnya adalah daripada tulang rusuk kirinya. Yang perempuan, carilah kamu itu empunya tulang rusuk siapakah. Jodoh sudah semestinya datang daripada Allah. Percaya kepada qada dan qadar Allah, maka percayalah jodoh kita itu pasti. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Itu persoalan dan jawapan bagi yang belum berkahwin. Bagaimanakah mereka yang sudah berkahwin? Masih percayakah mereka pada jodoh? Tambahan lagi, mereka sudah berkahwin. Percayakah mereka pasangan mereka itulah jodoh mereka dunia dan akhirat? Panjang atau pendek kah usia jodoh mereka? Sampai bila mereka masih ada jodoh untuk bersama?
Asam garam perkahwinan, bergaduh itu perkara biasa. Tapi tak bermaksud pasangan kita itu bukan jodoh kita. Bukankah marah itu tanda sayang? Gaduh itu pun gaduh manja je. Tapi, bagaimanakah nasib mereka yang berkahwin tanpa perasaan cinta? Adakah pasangan mereka itu jodoh mereka? Ataupun mereka masih bersama hanya kerana anak-anak? Tidak ingin anak menjadi mangsa, ada sesetengah pasangan masih bersama walaupun hanya untuk nampak bahagia di hadapan anak-anak, dan bukannya bahagia sebenar-benarnya bahagia. Terfikirkah mereka, sampai bila mereka mampu mempertahankan masjid yang dibina yang kian menjadi rapuh itu?
Selalu kita dengar, pasangan yang bercinta bertahun-tahun yang akhirnya putus ditengah jalan. Keluarlah istilah 'tiada jodoh'.
Selalu kita dengar, pasangan yang baru sahaja kenal, tiba-tiba terus bernikah. Maka itulah yang dikatakan 'jodoh itu kuat'.
Selalu kita dengar, pasangan yang akhirnya bernikah, tetapi bercerai tidak lama kemudian. Itu pulak dikatakan 'jodoh pendek'.
Selalu kita dengar, pasangan yang sudah lama bernikah, walaupun tiada persefahaman, tapi masih jugak bersama. Itu pulak dikatakan sebagai 'jodoh masih panjang dan kuat'.
Istilah jodoh ini bermacam-macam kalau nak diikutkan. Setiap individu, setiap pasangan, lain definisi mereka tentang jodoh. Lain situasi, lain pulak istilah jodoh ini. Semuanya terpulang kepada masing-masing.
Begitu jugak dengan pasangan yang dah berkahwin. Terpulang dengan pasangan tersebut samaada ingin meneruskan perkahwinan walau tanpa cinta. Terpulang dengan pasangan tersebut jikalau ingin menamatkan sahaja bahtera perkahwinan yang dilayari bertahun-tahun lamanya.
Apa yang saya luahkan disini tentang jodoh, hanyalah pendapat saya sahaja. Mohon tiada pihak yang terasa hati dengan post saya kali ini.
WAllahualam...
No comments:
Post a Comment